Ulasan tafsir ayat 52-54 surah al Mu’minun
[Ulasan tafsir ayat 52-54 surah al Mu’minun tentang keadaan perpecahan umat]
------------------
وَإِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ
Dan sesungguhnya (ugama Islam) ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.
Quran 23:52
------------------
فَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُم بَيْنَهُمْ زُبُرًا ۖ كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
Quran 23:53
------------------
فَذَرْهُمْ فِي غَمْرَتِهِمْ حَتَّىٰ حِينٍ
Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.
Quran 23:54
Penerangan,
Umat asalnya hanya satu islam ugama yang mengesakan (tauhid) Allah Ta’ala. Maka hendak lah dijaga sungguh2 ajaran yang satu ini dengan penuh rasa takut dan sanggup menjaga semua hukum2 Allah.
Kemudian itu mereka berpecah dengan ada pelbagai ajaran yang menyeleweng dari kebenaran. Dan ajaran yang menyeleweng ini pula mula menjadi sebati adat resam setiap puak.
Ketika mana ajaran sesat ini mula menjadi adat resam maka sangat sukar untuk dibasmikan. Sangat sukar sekira mereka tiada ketakwaan pada Allah. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka rasa sudah di pihak yang benar dan orang lain pula semua tak betul.
Ketika ini mereka hanya boleh terima apa yang sesuai dengan adat resam mereka sahaja. Selainnya dianggap ajaran sesat. Tak pelik jika didapati ada pelbagai aneka ajaran pelik yang tak masuk akal pun boleh dijadikan sebagai adat resam mereka. Dalil bukti kebenaran tidak ada. Yang ada hanya lah berdalih dengan perkara yang bukan dari ajaran Allah Ta’ala. Mereka ta’asub dengan puak mereka masing-masing.
Bila keadaan sebegini berlaku Allah perintahkan agar dibiarkan mereka dalam kesesatan. Walaupun dalam masa sama Allah tetap utuskan RasulNya agar menolak kebatilan mereka. Kerana adat resam mereka itu lah menjadi halangan besar untuk mereka mendapat petunjuk Allah Ta’ala.
Namun kena ingat! bagi mereka yang tahu kebenaran, Allah ada nyatakan dalam Al Quran agar orang yang tahu sampaikan kebenaran kepada yang tidak tahu. Bukan satu ayat bahkan banyak ayat perintah dari Allah agar disampaikan kebenaran dan dicegah segala kemungkaran.
Namun ini pula ujian besar buat penyampai kebenaran. sebab bukan mudah nak sampaikan kebenaran sekiranya tanpa kesabaran.
Comments
Post a Comment