Kemanisan Iman

BAB KEMANISAN IMAN. 

صحيح البخاري ١٥: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Shahih Bukhari 15: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami 
Abdul Wahhab Ats Tsaqafi berkata, telah menceritakan kepada kami Ayyub 
dari Abu Qilabah, 
Dari Anas bin Malik, 
Dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: 
"Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapat manisnya iman iaitu Allah dan Rasul-Nya menjadinya lebih dicintainya dari selain keduanya. Dan ia mencintai seseorang, lalu dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke api"

PENJELASAN

1- Lafaz makna “Kemanisan iman”  ialah, kemuncak iman dan kecintaan seseorang.
Kemuncak iman terletak pada tingginya cintanya terhadap Allah melebihi yang lain. 

2- Dan manakala nisbah cinta sesama makhluk pula terletak pada tingginya cintanya terhadap Rasulullah. Tidak disamakan cinta kepada Rasulullah dengan cinta kepada Allah. Lebih-lebih lagi jika cinta kepada Rasulullah melebihi dari cinta terhadap Allah. Sebab itu, Rasulullah menyebut “Dan ia mencintai seseorang, lalu dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah..” iaitu agar dibezakan antara Allah dan Ar Rasul serta makhluk sekalian.

3- Mencintai seseorang "kerana Allah" termasuk kemanisan iman. Seperti contoh, cinta kepada Nabi Muhammad kerana dia adalah pesuruh Allah. Cara cinta kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam  ialah ikut sunnahnya. Seperti firman Allah:  

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mencintai Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


4- Begitu juga "takut melakukan kekufuran" pada Allah sama seperti takut azab Allah  juga termasuk kemanisan iman.

Comments

Popular posts from this blog

Silibus Alimah

Syarat Pengambilan Pelajar

Silibus Pra-Alimah