Posts

Showing posts from 2018

Jangan terlalu berharap dapat seperti orang lain

Image
Setiap apa yang dikurniakan kepada kita ada sesuai dengan ilmu Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang baik buat hambaNya. Tidak semua yang kita nak,kita dapat. Namun kena ingat, Allah Ta’ala sentiasa menerima doa kita. Maka jangan jemu berdoa meminta padaNya.

Zikir pagi selepas solat subuh

Image
Dari Ummu Salamah berkata, Ketika salam dalam shalat subuh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengucapkan; ALLAHUMMA INNI AS`ALUKA ILMAN NAAFI'AN WA RIZQAN THAYYIBAN WA 'AMALAN MUTAQABBALAN (Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezkii yang baik dan amal yang diterima). " HR Ibn Majah dan Ahmad.

Kemanisan Iman

BAB KEMANISAN IMAN.  صحيح البخاري ١٥ : حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ Shahih Bukhari 15: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami  Abdul Wahhab Ats Tsaqafi berkata, telah menceritakan kepada kami Ayyub  dari Abu Qilabah,  Dari Anas bin Malik,  Dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda:  "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapat manisnya iman

Orang teraniaya

Orang dizalimi hanya boleh membalas dengan sepadan/setara tanpa melampaui batas.. Namun sebaiknya hendaklah dibalas dengan cara yang lebih baik.Dengan cara ini pasti mendapat jaminan ganjaran pahala besar disisi Allah. ------------------ وَالَّذِينَ إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَغْيُ هُمْ يَنتَصِرُونَ Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas). Quran 42:39 ------------------ وَجَزَاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَا ۖ فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada oran

Soalan bahaya ketika di akhirat!

Image
[Begitu penting Al Quran buat Manusia namun ramai abaikannya] Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

Pendaftaran Baru Di MIQ Alimah kini dibuka hingga 1/1/2019

‼️ PENDAFTARAN KEMASUKKAN PELAJAR BARU ALIMAH MADRASAH IRSYADUL QURAN 2019 KINI DIBUKA ‼️ PENDAFTARAN ALIMAH SESI 2019 BERASRAMA PENUH DI DENAI ALAM. PEREMPUAN UMUR 10-25 TAHUN Peluang untuk belajar Diniah(Alimah) bagi Perempuan Berasrama Penuh kini dibuka. Asrama Terhad untuk 30 orang terawal. Tarikh Pendaftaran 1/1/2019. PENDAFTARAN KEMASUKKAN PELAJAR BARU ALIMAH Peluang untuk belajar diniah Sepenuh Masa  📚 Bagi pengajian Sepenuh Masa , asrama disediakan 📚 🔥 Syarat Pendaftaran Sepenuh Masa :  ✅ Pelajar Perempuan  ✅ Berumur 10-25 tahun ✅ Boleh membaca Al-Quran  ✅ Boleh membaca dan menulis Jawi / Rumi  ❌ Tiada rekod masalah disiplin yang serius  ✅ Sihat tubuh badan  ✅ Berakhlak baik ✅ Mendapat persetujuan ibu bapa ataupun penjaga  ✅ Lulus ujian temuduga  ❗ KINI DIBUKA PENDAFTARAN UNTUK ALIMAH ❗ Sila buat pendaftaran awal bagi pelajar tinggal di asrama kerana tempat kami terhad  🏠 Tempat Pendaftaran :  NO 59

Ulasan tafsir ayat 52-54 surah al Mu’minun

[Ulasan tafsir ayat 52-54 surah al Mu’minun tentang keadaan perpecahan umat] ------------------ ‎ وَإِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ Dan sesungguhnya (ugama Islam) ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. Quran 23:52 ------------------ ‎ فَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُم بَيْنَهُمْ زُبُرًا ۖ كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka. Quran 23:53 ------------------ ‎ فَذَرْهُمْ فِي غَمْرَتِهِمْ حَتَّىٰ حِينٍ Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa. Quran 23:54 Penerangan, Umat asalnya hanya satu islam ugama yang mengesakan (tauhid) Allah Ta’ala. Maka hendak lah dijaga sungguh2 ajaran yang satu ini dengan penuh rasa takut dan sanggup men

Bantuan Sumbangan Zakat atau Sedekah jariah

Pihak kami turut mengalu-alukan sumbangan dana dari para dermawan untuk menampung Kos Operasi Sekolah & Asrama  serta bil utiliti.  Sumbangan tunai / cek boleh disalurkan atas nama :  *_AHSANUL ULUM CENTRE_*  _CIMB Islamic_ :  8602811864 ===== *_Hubungi :_* Mudir (Ust Solah) - http://www.wasap.my/60179272521

Sesi hafalan pada waktu malam

Video Aktiviti Mempertahankan Diri

Antara aktiviti di MIQ Alimah Denai Alam. Ini antara aktiviti dalam program Kem Celik Al Quran pada 1/12/2018-15/12/2018 Sambil-sambil riadhah petang ada juga tambahan aktiviti fizikal bagi menguatkan keyakinan diri.

Aktiviti Seni Mempertahankan Diri Anak Alimah MIQ

Image
Di padang mahsyar malaikat akan ditanya tentang manusia yg menyembahnya.. ------------------ وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا ثُمَّ يَقُولُ لِلْمَلَائِكَةِ أَهَٰؤُلَاءِ إِيَّاكُمْ كَانُوا يَعْبُدُونَ Dan (ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Ia bertanya kepada malaikat: "Adakah orang-orang ini, (kamu setujui) menyembah kamu dahulu?" Al Quran 34:40 ------------------ قَالُوا سُبْحَانَكَ أَنتَ وَلِيُّنَا مِن دُونِهِم ۖ بَلْ كَانُوا يَعْبُدُونَ الْجِنَّ ۖ أَكْثَرُهُم بِهِم مُّؤْمِنُونَ Malaikat menjawab: "Maha Suci Engkau (dari adanya sebarang sekutu denganMu). Engkaulah (yang kami hubungi sebagai Pemimpin dan) Pelindung kami bukan mereka. (Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah Jin Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi)".

Malam Motivasi Ketaatan

Alhamdulillah ramai dapat menghayati motivasi semalam. Rata-rata mengatakan mereka bertambah sayang kepada mak ayah.. bertambah sayang kepada kawan-kawan,guru-guru dan orang sekeliling mereka.. semua menangis ingat nikmat-nikmat Allah. bermula dari kecil hingga meningkat dewasa.. begitu banyak nikmat Allah.. begitu banyak jasa orang sekeliling kita tidak jemu-jemu membantu kita semua, walaupun mereka tahu betapa kurangnya diri kita..
[Tiga Golongan Allah Bantu] عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَوْنُهُمْ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الْأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ Dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah SollaAllahu 'alaihi wasallam bersabda: Tiga golongan yang pasti Allah tolong; orang yang berjihad di jalan Allah, budak yang ingin merdeka dari tuannya (dengan tebusan) dan orang yang ingin menikah agar dirinya terjaga dari dosa.   Abu Isa berkata, Hadits ini darjatnya hasan."