Termasuk Sunnah : Meninggalkan sesuatu amalan yang tidak diamalkan oleh Nabi.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ دَعُونِي مَا تَرَكْتُكُمْ إِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِسُؤَالِهِمْ وَاخْتِلَافِهِمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ
Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda:
“Biarkanlah apa yang aku tinggalkan untuk kalian, hanyasanya orang-orang sebelum kalian binasa kerana mereka gemar bertanya dan menyelisihi nabi mereka, jika aku melarang kalian dari sesuatu maka jauhilah, dan apabila aku perintahkan kalian dengan sesuatu maka kerjakanlah semampu kalian.”
Hadith riwayat Al Bukhari.
Faedah hadis,
•Apa amalan yg Nabi tinggalkan (yakni Nabi tak buat) maka tinggalkan lah juga.
•Nabi suruh kita buat maka kita buat. Apa yg Nabi larang maka kita tinggalkan.
•Orang yg paling baik dan paling suka buat baik adalah sahabat2 Nabi. Sekira sesuatu amalan tu baik maka mereka lah yg paling suka dan paling cepat hendak lakukan kebaikan tu.
•Binasa lah sesiapa yg menyelisih Nabi.
Comments
Post a Comment